Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Saat hatiku di sentuh oleh Nya

I am an ordinary human - selalu tersalah langkah. Selalu rasa semua benda akan okay tapi hakikatnya ada benda yang memang tak okay, sometimes. Living as a revert, jujur nak bagitahu - is hard sometimes. Kadang you rasa macam you have no one to rely on. Because as human, we always need something to depend on. Ini adalah ujian. Sebenarnya, even you ada families yang semuanya muslim pun kadang kala you will felt the same too, right? Am i? Kalau salah boleh betulkan. Ini adalah ujian. Kenapa? Sebab Allah akan selalu uji kita sampai kita betul-betul hanya letak harapan dekat Dia. Betul? Sebab hidup dan mati kita Lillahi taala. Besar maknanya. Dah tercatat dalam Al Quran bahawa harta benda, isteri, suami dan anak-anak mahupun haiwan peliharaan adalah ujian. Ini semua bersifat sementara. Allah boleh tarik, dan Allah boleh beri. Cuma, pengharapan kita kepada Allah sahaja yang harus kita tingkatkan dari hari ke hari. Setiap hari dalam kehidupan perlukan kita untuk sentiasa bertawakal.

Nota hati #2

Bila kita faham semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan, kita boleh menerima apa sahaja yang ditakdirkan. Baik buruk ada hikmahnya, menguatkan dan mendekatkan kita pada Dia. Walaupun kadang kala kita mempersoalkan, tapi belajarlah untuk yakin. Sungguh tiada yang sia-sia. Cuma kita kena sentiasa berbalik kepada Dia, dalam apa jua keadaan. Berdoalah dan bertawakal kepada Dia semata-mata, sungguh Dia Maha Mengetahui 😊 Pesanan dari hati untuk hati ❤

Nota hati

Ada benda yang selalu kita terlepas pandang. Ada... Kita selalu rasa dia yang selalu ada, akan tetap selalu ada di sisi kita. Kita lupa, dia akan pergi.. Tinggalkan kita tanpa jejak nanti. Kita berharap saat kita memberi segenap rasa, dia akan membalas juga. Kita lupa.. Rasa itu boleh hilang sekelip mata. Semua yang ada hanyalah sementara. Hati dan perasaan kita sentiasa berubah, boleh jadi makin bertambah atau sebaliknya. Pulangkan semuanya kepada Dia, kerana Dia yang memberi dan Dia juga yang menarik kembali 😊 Ps : orang yang selalu menunggu tak akan selamanya menunggu, orang yang selalu merindu tak akan selamanya merindu.. Ada masa dia akan lelah sendiri, dan mungkin membawa diri! Hati-hati 👣

nota cinta #1

setiap hari adalah hari yang baru - hari yang insyaAllah akan mendekatkan lagi kita dengan Dia satu-satunya. setiap hari belajar dan tempuhi perkara baru - belajar untuk melepaskan sesuatu, dan belajar untuk lebih bersyukur. di setiap lelah ini, di setiap rasa bahagia ini.. Allah Maha Mengetahui. Sungguh Allah tahu setiap perkara - walaupun perkara yang sangat sulit. dah lama tak menulis, dah ada rasa rindu. mungkin lepas ni boleh tulis banyak-banyak - cara untuk meluahkan segala rasa yang terpendam. :) May Allah blessed!