Skip to main content

Saat hatiku di sentuh oleh Nya

I am an ordinary human - selalu tersalah langkah. Selalu rasa semua benda akan okay tapi hakikatnya ada benda yang memang tak okay, sometimes. Living as a revert, jujur nak bagitahu - is hard sometimes. Kadang you rasa macam you have no one to rely on. Because as human, we always need something to depend on. Ini adalah ujian.

Sebenarnya, even you ada families yang semuanya muslim pun kadang kala you will felt the same too, right? Am i? Kalau salah boleh betulkan.

Ini adalah ujian.

Kenapa?

Sebab Allah akan selalu uji kita sampai kita betul-betul hanya letak harapan dekat Dia. Betul?

Sebab hidup dan mati kita Lillahi taala.

Besar maknanya.

Dah tercatat dalam Al Quran bahawa harta benda, isteri, suami dan anak-anak mahupun haiwan peliharaan adalah ujian. Ini semua bersifat sementara. Allah boleh tarik, dan Allah boleh beri.

Cuma, pengharapan kita kepada Allah sahaja yang harus kita tingkatkan dari hari ke hari. Setiap hari dalam kehidupan perlukan kita untuk sentiasa bertawakal.

Sebenarnya hidup kita ni tak ubah macam pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bukan tentang harta, tapi tentang iman kita.

Tanyalah diri, makin hari makin bertambah atau berkurang. Kita sendiri makin lama makin dekat dengan Allah atau tidak? Muhasabah.

Allah menilai kita melalui kesungguhan kita. Allah tahu kita mencuba, Allah tahu kadang kita rasa lemah. Mengadulah dekat Allah.

Allah tahu :)

Manis rasanya bila kita perlahan-lahan mulai faham apa sahaja yang berlaku adalah hikmah. Allah hantar hikmah kepada kita bersebab, untuk kita makin mendekat.

Jom?

Kejar redha Allah sama-sama 😊

Comments