Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Mati tu pasti

Mati tu boleh sapa kau bila-bila masa aje. Eh ni bukan kata-kata berbaur ugutan tentang kehidupan, tapi ni realiti. Realiti macam sekarang, macam ekonomi negara yang tak menentu.. Macam tentang perihal kewangan yang menjadi masalah utama dalam negara atau dalam sesebuah keluarga, macam kau nak kurus tapi kau tak jaga makan dan tak pergi bersenam, macam kau nak cantik biar muka flawless tapi malas nak jaga routine kecantikan kulit.. Lain lah kau memang lawa sejak kanak-kanak. Berwajah pan asian ke? Entah. Ever wonder about all these reality-and-hurtful things? Mestilah pernah kan? Kita kan sentiasa boleh! Malaysia boleh! Jyeah. And these are actually some few things yang sedang berlaku dalam negara. Tu belum lagi aku sebut pasal TPPA ke apa jadah tew? Hm. Boleh sedia bahan bacaan dan sumber ilmiah tentang TPPA okay gais. Oh ya and kalau boleh, Al Kahfi tu baca setiap hari sebelum tidur bersama dengan Al Mulk. Moga Allah lindung. Oh gosh! Kat mana kita tadi? Aku cuma nak cerita pasa

Dunia Yang Sementara

" Dunia ini hanya tempat persinggahan, buat kita kumpul pahala. Tanam benih banyak-banyak, nanti dekat sana kita tuai," ucap Alia sambil merenung sawah padi yang terbentang luas. Hijau padi ni sangat menyegarkan mata, rasa tenang. Match pulak dengan warna langit. Allah, tenang je rasa. Aku perhatikan Alia yang masih setia merenung kehijauan sawah padi. " Tengok, burung-burung tu macam tak ada perasaan aje hinggap dekat orang-orang. Agaknya burung pun tak mudah tertipu tak?," bicara Alia lagi sambil tersenyum. Aku diam. Melihat arah burung di salah satu orang-orang. "Agaknya kita pun macam burung tu tak. Walhal sudah diberi amaran berulangkali pun masih belum sedar dari kelalaian. Terperangkap dengan keseronokan sementara," ujar dia. Eh jap. Apa kaitan dengan burung pulak? "Bayangkan kalau sebenarnya orang-orang tu sebenarnya manusia biasa, dan burung tu tertipu.. Mesti burung tu kena kurung dalam sangkar lah. Macam tu lah penjara dunia. Indah m

Kisah Hati - Derita Itu

Derita yang tak terluah itu lebih bahaya, lebih bahaya dari bom yang menunggu detik untuk meletus. Derita yang tersimpan dalam, paling dalam, merobek setiap inci perasaan dan rasa, menghitamkan setiap detik waktu, menghilangkan rasa dalam apa jua perhubungan. Derita yang disimpan kemas malah tersimpul rapi boleh bertukar menjadi dendam, dendam maha dasyat. Dendam yang meninggalkan bekas hitam, dan sukar dibersihkan - Derita itu, kadang kala menjadi saksi perubahan diri manusia, yang bangkit untuk membuktikan kebolehan diri hingga ke mercu tanda. Derita itu tanpa disangka rupanya eposid kehidupan yang mematangkan jiwa seorang dia, yang membelai hati nuraninya supaya berkasih sayang dan berbahagi harta kebahagiannya sesama insan. Dan derita itu, walau cuba dilenyapkan dengan segala kebaikan, kadang ia muncul - kembali merobek hati dan perasaan. Bila jiwa mengingat tentang rasa berTuhan, seorang dia tersungkur jatuh, tersembam rebah sujud memohon keampunan. Agar jiwa si dia tidak m

Rasa hati

Rasa hati adalah rasa yang paling sukar nak lalui, kadang hanya sebab satu perkara boleh jadi huru-hara hidup kau. Macam dilandak onak duri ranjau berapi. Pergh gittew Dengan satu rasa, kau boleh jadi dari positif ke senegatif yang amat sangat. terus terdetik rasa marah meluap-luap, rasa nak maki, rasa nak herdik, semualah rasa - tapi satu benda masa tu memang kena laju, tindakan. Tidakan kita. Tindakan kita yang membuat sesuatu lebih baik atau make it worst. Sebab tu Nabi pesan kalau lagi sedang marah lebih baik mendiamkan diri. Diam, istighfar. Istighfar lah berapa kali kau mau, tapi teruskan istighfar. Biarkan orang lain dengan cara dia, kadang orang lain tak sedar cara dia tu buat hati kita terluka. Kalau dia sedar, suatu hari nanti insyaAllah dia akan rasa perkara yang sama. Jangan risau. Nanti bila saat itu datang, dia akan terduduk diam. Contoh, bila ada sahabat yang pernah melalui zaman jahiliah, dengan sahabat yang environment dia terjaga.. Bukankah lain cara dep

Syukur, Alhamdulillah.

Jalan cerita hidup setiap orang memang berbeza. Kalau sama pun, sipi-sipi je kot. Tapi perasaan dia, lain. Serious lain. Aku, sejenis manusia yang suka memerhati. Aku suka perhatikan setiap perkara, menurut sudut pandangan dan pemikiran aku sendiri. Sebab apa? Sebab dengan cara ni, buat aku muhasabah. Buat aku sedar diri. Buat aku menghargai, dan alhamdulillah lebih bersyukur dengan apa adanya. Lumrah manusia, yang ada dalam genggaman kadang kita abaikan, yang nun jauh di sana yang kita dok nanti-nantikan. Gittew?! Kau tahu zaman sekarang ni memang tak boleh nak cerewet sangat, tak boleh nak memilih sangat. That's what I told myself before - tapi end up aku juga yang cerewet dan become choosy sebab aku nak buat sesuatu tu, sehingga akhir hayat. Sepanjang hidup, dan of course tanpa ada penyesalan. Huhu Tak kisah lah dalam apa kes sekalipun, either you nak pilih pekerjaan, you nak study apa dekat uni/college, you nak buat apa untuk survive atau hal ehwal baitul muslim kelak. Ni

Ujian ini sebenarnya hadiah

Perjalanan hidup aku yang sebenarnya bermula saat lafaz syahadah, bukan lafaz sakinah yek. Aku rasa macam new born baby lepas dah terucap kata-kata kalimat agung. Sungguh rasa macam orang baru dalam dunia. Dan sungguh aku bersyukur akhirnya Allah makbulkan doa aku yang ini. Huhu Sepanjang 23 tahun ( insyaAllah tahun ini 23, dah boleh kahwin wiwiwiwi) aku hidup dengan baik, of course dgn baik - di bawah jagaan Allah Taala dan dipayungi kasih sayangNya lantas Dia menghantar kedua ibu bapa yang sangat tolerance and supportive. Alhamdulillah Walaupun kadang ada rasa sedih di hati saat membayangkan orang lain siap berjemaah dengan families masing masing meanwhile me here, all alone. Aku pun punya cita-cita nak solat diimamkan oleh ayahanda, dibetulkan tajweed oleh ibunda, di ceritakan tentang kisah Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam.. Impian aku dari saat pertama aku bersyahadah. Dan aku yakin, kalau bukan dalam masa terdekat mana lah tahu saat aku tidak lagi bernyawa.. Allah ilha

Random

Bismillah Lelah hidup ini tiada perhentian, makin lama makin terasa sesaknya di dada. Tapi ku tahan-tahan, biar ianya menjadi ganjaran di surgaNya. Kehidupan dunia, sukar penuh ujian. Makhluk saling bergelut, menuju kejayaan sampai ke akhirnya. Kadang lupa pada setiap janjiNya Tuhan, bahawa apa yang diberi akan dipersoalkan suatu hari nanti. Aku juga seperti yang lain, merancang ,meneliti dan memasang impian setinggi harapan. Aku doa tiada henti,penuh pengharapan kepada Dia Yang Esa agar setiap yang ku rencana menjadi realiti di dunia.  Aku lupa. Aku lupa. Allah datang membawa segunung ujian, menguji keikhlasan, keinginan serta keyakinan aku padaNya. Terduduk aku, rebah, sujud di bumi. Menangis semahunya tiada henti. Ujian ini datang dengan hikmah, membawa aku kembali kepada Dia. Menarik aku dari lembah yang menghancurkan, dan aku bebas menelusuri mengikut acuanNya. Ya Tuhan, terima kasih sekali lagi untuk ingatan ini.

Cinta abadi

Bismillah Tak semua kisah cinta sebenarnya berakhir dengan kebahagiaan, some love story did make the heart tone apart - Tapi bila kita renung semula kisah cinta dengan sudut kasih sayang Tuhan, kita akan kekal bahagia sampai ke penghujungnya. Yes - cinta dengan keimanan, dengan rasa dekatnya kita dan Dia, Yang Maha Esa. Aku bukanlah seorang yang tepat nak berbicara soal cinta apatah lagi kebahagian yang berkaitan hal ehwal rumah tangga. Aku cuma boleh berkongsi perihal kisah cinta antara sahabat, dan tentunya kepada Dia Yang Esa. Almaklumlah sister single lagi gais, c'mon :P Kau tahu, dalam sesebuah perhubungan memang tak akan lari dilanda ribut taufan dan sebagainya, ujian hati, ujian emosi, ujian rasa amanah dan tanggungjawab dan kadang kita sendiri kaku dan terkedu sama ada nak dahulukan diri sendiri atau mendahulukan dia yang kita cintai ( in terms of sahabat ) Jujur saja aku akui, aku juga pernah salah dalam persahabatan. Tidak. bukan mereka yang salah. Sebenarny

Of harapan & penyesalan

Bismillah Rasa-rasa dah hampir 23 years I'm alive ni rasanya pernah je tanpa sengaja atau memang jahat gila sengaja buat orang terluka atau sakit hati disebabkan perangai aku yang tak elok. I'm sorry. Kalau orang barat sebut karma, kita panggil kaffarah lah en. Bila kita buat orang lain, nanti.. dengan izin Allah kita akan rasa balik setiap perbuatan kita. Tak kena dekat kita, might be kena dekat orang-orang terdekat. Jadi instead of kita buat jahat dekat orang marilah kita berbaik-baik wehehhehe. Dah masuk 2016 ni, aku rasa tak nak ingat dah kenangan lepas lepas lagi-lagi yang part emosi terlebih. Berharap sangat boleh terhapus dalam kamus hidup even susah gila tapi entahlah.. rasa nak bagi peluang dekat diri untuk melupakan yang kurang elok. Because I do believe, kita manusia yang tak pernah terlepas dari kesalahan. Mungkin ada masa kita terlebih dalam perilaku tanpa kita sedar. and that's the reason why I've been deleting all my previous blog posts. Waka

Doa

Bismillah Doa itu bahasa cinta yang paling kurang dimengerti meski ketahuan sama berjuta manusia Doa itu isyarat hati paling dalam dan bermakna yang dilontarkan dengan penuh harapan kepada Dia Yang Esa Doa itu tak pernah dikembalikan dengan tangan kosong meski ada tikanya permintaan hati itu tak dipulangkan seperti harapan yang dilenparkan Tapi percayalah, Allah sudah tetapkan akan memberi segala keinginan dan kemahuan kita menurut kesesuaian yang diatur oleh Nya. Maka teruskan berdoa, dan bersyukur. Apa yang Allah beri tiada yang sia-sia. 2016,January

Safa #2

Safa jalan sensorang area koridor menuju ke Library Hamzah Sendut. Safa ni sejenis yang suka fikir luar alam dan suka fikir banyak benda sampai kepala berdenyut. Sampai dia rasa dia nak give up, barulah dia reti untuk duduk diam and enjoy the moment. Katanya lah.. 'Macam best aku tengok ice cream cone tu. Perisa mint pulak alahai tertelan air liur," getus hati Safa. Dengan drastiknya langkah kaki deras menuju tempat orang jual ice cream. Bagus akak-akak yang tolong jaga kedai ni, moga diberi keberkatan. Ewah kau Safa.. Memang pandai berkata-kata. Selesai berjual-beli Safa ambil tempat, yelah makan kena lah duduk. Adab mana adab?! Terus teringat dekat kakanda nun jauh di mata namun dekat di hati.. Rindunya. Teringat terus zaman kanak-kanak ribena setiap kali lepas habis kelas mengaji mesti abang belikan ice cream, makan sambil jalan kaki balik rumah Tok. Ya rabbi, rindu. Dulu, dia start belajar solat, pakai tudung semua sebab abang yang gigih dok ajar dia. Bila abang dah

Safa

** the most delayed post i guessed Kriuk kriuk Alamak hai kuat pulak bunyi perut. Laparnya! Baru aku sedar, pagi tadi aku cuma minum secawan nescafe aje. Tu pun minum separuh. Yang selebihnya aku biarkan atas meja pastu bergegas pergi library. Nak harap study kat bilik.. Memang aku tidur lah jawabnya. Lagipun roommates aku balik kampung. Aku sengaja memanjangkan leher pusing kiri kanan, sambil tu cuci mata sikit. Eh, hari ni jumpa gadis tudung bulat semalam! Teringin pulak nak tegur. Tekun pulak aku tengok dia study. Bagus betul. Kalau aku, entah berapa kali menguap.. Pap! "Opocot!," latah aku tanpa sedar. Memang menarik perhatian ramai lah kalau kau melatah kuat dalam library. Eeeii budak ni lah. "Kau apasal aku tengok sedap usha anak dara orang. Entah-entah kau ni...," Didi matikan kata kata sambil mengecikkan mata. "Woi!! Beragak sikit. Tak baik fitnah orang. Aku lurus okay. Aku suka lelaki okayyyy," balas aku laju sambil ber

Apa Yang Buat Kau berubah 2?

Bismillah Kita sambung post semalam since sis ada banyak masa terluang ( kerja kemas rumah dah settle ) wakakkaka. 1. TULIS 2. RANCANG 3. DOA & TAWAKAL Dengan izin Allah Taala, kita masuk part ke tiga tew.. doa & tawakal. Kuasa doa ni memang power. Serious power tahap bimasakti. Bila kau dah niat kau nak ubah diri kau jadi lebih baik, kau kena sungguh-sungguh doa dan minta yang baik (rasanya semua doa memang orang minta yang baik-baik kan?) sebab bila kau dah khabarkan niat di hati kau kepada Dia insyaAllah nanti bersusun-susun Allah bagi nikmat & hadiah yang tak terjangka :) Pengalaman sendiri, since aku pun masih dalam proses nak berhijrah.. aku pun ada zaman kegelapan tanpa cahaya wahhahaha ( yang ni aku cerita lain kali), kadang semua benda aku masukkan dalam doa ( because I felt like it, i know i am being childish :P ). Btw, aku baca dekat mana I cant remember, I'm sorry.. Nak apa sahaja mintaklah dekat Dia dahulu. Nak duit, mintak dekat Allah. Na

Apa buat kau berubah?

bismillah Kali kedua rasa ringan tangan nak tulis tentang apa buat kau berubah. Perkara yang sama, yang aku rasa semua orang mengalaminya cuma kita tak tahu dekat siapa nak luah. Bak kata pepatah, diluah mati emak, ditelan mati bapak. wah hhahaha sis try je letak pepatah. kalau salah mohon betulkan.. Aku memang bukan calon yang sesuai nak ulas kisah nak berubah ke tak nak ke huwa hahaha, tapi sekadar bagi idea/cadangan/share tips sikit. eh suka hati aku lah, aku yang nak tulis. miahahhah Begini, kita mulakan dengan bismillah and tulis some reasons why I must change. TULIS. bukan menghafal atau sekadar diulang-ulang dalam kepala. Bila tulis, kau akan sentiasa dihantui dengan apa yang kau tulis. Let say kau lupa, atau kau lost.. pastu kau bukak balik apa yang kau tulis..terus rasa ada semangat baru merasuk jiwamu! Wahh. Macam kau lost dalam perjalanan hidup mencari sesuatu lepastu kau on track balik. Tak payah gatal sampai tulis 1000 ke apa, tak payah! Tulis aje 5 sebab, nak tulis

Aku Mau Berubah

bismillah hekhekhek assalamualaikum :)) aku ni pesen tulis padam tulis padam tulis padam lagi sampai lebam. maafkan daku :"( dengan izin Allah Taala, sekali lagi aku nak share tentang rasa ingin berubah. awal tahun tuhari, ada sahabat baik aku text dan bagi tahu hasrat hati mau berubah jadi lebih baik. wallahi, sahabat mana yang tak sedu sedu terharu kalau bukan aku yang jenis emosi terlebih ni. miahahahha :3 dengan rasa rendah diri, dengan lapang dada hati jiwa dan raga, izinkan aku share sedikit tips flexible nak mengubah/hijrah versi ija vavavoom.  1. Letak matlamat/niat. - tanya diri berulang kali kenapa nak berubah, kenapa ada rasa nak baiki, kenapa nak juga buat benda ni walau kau tahu jalannya nanti penuh pancaroba onak dan duri dan tulis dalam diari/kertas/hp sebagai reminder.kalau boleh mestilah niat kerana Allah Taala ;) masa aku mula mula pasang niat nak jadi the better me (still i am not actually), aku terus buat. macam ala ala just do it punya style. wa

Perempuan itu

Perempuan itu, Tidak lagi menunggu Malah tidak lagi mencari Perempuan itu, Memilih untuk menyendiri Mengkoreksi diri Mendekati Ilahi Mengejar redha hakiki. Perempuan itu, Punya impian besar sekali, Berdoa dan berusaha tanpa henti, Agar impian tercapai suatu hari nanti.