Skip to main content

Nota hati

Ada benda yang selalu kita terlepas pandang.

Ada...

Kita selalu rasa dia yang selalu ada, akan tetap selalu ada di sisi kita. Kita lupa, dia akan pergi.. Tinggalkan kita tanpa jejak nanti.

Kita berharap saat kita memberi segenap rasa, dia akan membalas juga. Kita lupa.. Rasa itu boleh hilang sekelip mata.

Semua yang ada hanyalah sementara.

Hati dan perasaan kita sentiasa berubah, boleh jadi makin bertambah atau sebaliknya.

Pulangkan semuanya kepada Dia, kerana Dia yang memberi dan Dia juga yang menarik kembali 😊

Ps : orang yang selalu menunggu tak akan selamanya menunggu, orang yang selalu merindu tak akan selamanya merindu.. Ada masa dia akan lelah sendiri, dan mungkin membawa diri!

Hati-hati 👣

Comments