Skip to main content

Of long late post while reading



Bismillah, Hi!

Dah lama tak buka blog dan menaip di sini sebab tak ada ideas nak tulis apa. Kadang-kadang ada je banyak benda terlintas tapi tak ada rasa nak menaip kat sini, segan lah nak bagi orang baca. Sesekali boleh la kan?

So, macam mana kehidupan? Kerajaan baru, semoga idea tentang kehidupan pun berubah lah hendaknya. Takkan masih di ruang yang sama. Iya dak?

Me? Masih meneruskan pengajian master dan berharap dapat habiskan pada tahun 2019 sebab dah malas nak fikir tentang yuran, tentang belanja, tentang masalah yang berulang walhal masalah tu boleh je selesai sekelip mata. Doakan semoga saya kuat hendaknya! Amiin hehe

And, saya dah berkahwin selama.. kejap nak kena kira pulak berapa bulan.. okay dah 3 bulan kahwin dan bersuami. Orang baru kahwin ni macam biasalah, ada turun naiknya. Ada masa sakan nau, ada masa masam mencuka riak muka hihi. Sabar sahaja kata kunci dalam kehidupan rumah tangga.

Tentang anak, mula-mula merancang tapi lama-lama saya fikir, kalau ada rezeki anak.. tadah sahaja tangan dan terima dengan hati terbuka. Mula-mula fikir kesusahan yang bakal aku rasai since belajar dan duduk jauh, tapi insyaAllah.. yakinlah, Allah bantu. Cuma kena pasang mindset, semua lancar sampai habis belajar. Sikit je lagi ni!

sekian sahaja bebelan i, nak bebel panjang kena doakan i rajin aje lah nak menaip.

sehingga berjumpa lagi :)

Comments