Safa jalan sensorang area koridor menuju ke Library Hamzah Sendut. Safa ni sejenis yang suka fikir luar alam dan suka fikir banyak benda sampai kepala berdenyut. Sampai dia rasa dia nak give up, barulah dia reti untuk duduk diam and enjoy the moment. Katanya lah..
'Macam best aku tengok ice cream cone tu. Perisa mint pulak alahai tertelan air liur," getus hati Safa. Dengan drastiknya langkah kaki deras menuju tempat orang jual ice cream. Bagus akak-akak yang tolong jaga kedai ni, moga diberi keberkatan. Ewah kau Safa.. Memang pandai berkata-kata.
Selesai berjual-beli Safa ambil tempat, yelah makan kena lah duduk. Adab mana adab?! Terus teringat dekat kakanda nun jauh di mata namun dekat di hati.. Rindunya. Teringat terus zaman kanak-kanak ribena setiap kali lepas habis kelas mengaji mesti abang belikan ice cream, makan sambil jalan kaki balik rumah Tok. Ya rabbi, rindu. Dulu, dia start belajar solat, pakai tudung semua sebab abang yang gigih dok ajar dia. Bila abang dah sambung kat luar negara, terus dia rasa terkapai-kapai.
Alah bukannya Tok, Mak Yanti tak ada nak ajar dia. Kadang siap ajak solat berjemaah lagi tapi Safa selalu bagi 1001 alasan. Lepas abang pergi rasa kosong terus.
'Abanggg, Safa rindulah..,' rengek Safa dalam hati aje mampu.
Pap!!
'Opocot kau meletup!," latah Safa tanpa sedar sambil memandang arah kiri.. Eii Didi ni kan!!
"Oh ni kerja kau eh Safa. Tadi kau kata nak solat kat library. Ni aku nak tanya ni, aku dah solat ke belum? Bukan main eh kau makan ice cream pulak. Ya rabbi. Aku tarik kang telinga kau tu ha," ugut Didi sambil membebel tak henti-henti.
Ya Tuhannnn. Ada masanya aku bersyukur dikurniakan sahabat solehah macam Diyana ni tapi ada masanya aku bersyukur nak pergi mana sahaja seorang diri. Oh Tuhannn..!! Sambil merauo muka dengan tangan. Nasib baik tadi suapan terakhir kalau tak suapan buat lantai ajelah icer-cream mint aku.
" Aku nak solat lah ni. Teringin makan ice-cream. Jom jom," terus aku tarik tangan Didi sebelum dia start membebel lagi. Sakit telinga aku.
Didi pun mengikut aje lepas aku tarik. Entah kenapa aku lagi senang nak curhat dengan Didi. Agaknya sebab Didi kenal family aku kot. Aku nekad nak bagi tau Didi segalanya. Aku nak berubah jadi kenalah berani bertindak. Fighting Safa!!
"Didi, tunggu kejap. Setelah aku menimbang-nimbang, aku rasa aku nak bagitahu kau sesuatu. Aku dah lama simpan, rasa tak keruan kalau tak bagitahu dekat kau. Aku perlukan pertolongan daripada kau. Aku rasa kau je boleh tolong," aku pandang muka Didi directly. Ala-ala berlakon dalam drama yang biasa kita tonton tu. tambah emosi sikit. walawei..
Didi kerut dahi sambil pandang arah aku.
"Apasal kau ni? Tetiba luar alam bagai ni. Cuba cerita. Aku tolong mana yang aku mampu ajelah, insyaAllah," balas Didi sambil pandang aku tak berkelip. Haish malu pulak rasa.
" Kalau aku cakap ni, kau jangan bash aku tau. Aku dah lama simpan benda ni sensorang. Aku rasa macam aku ni sejenis yang tak bersyukur pulak. Aku... aku.... hm," aku teragak-agak nak bagitahu. Kang kalau aku bagitahu nanti Didi tak nak pulak kahwan dengan aku. Dah lah aku ni anti-sosial. Huahuahuahua
" Apa aku-aku ni? Cuba cakap biar jelas dan terang. Aku malas nak teka-teka ni. Tiada kudrat dan daya nak main teka-teki dalam waktu sebegini panas," ambik kau sastera terus ayat dia bagi.
Aku senyum je.
"Akunakbelajarsolatsemulakautolongajarbolehtak?!," dengan satu lafaz aku bagitau. Pergh berpeluh rasa.
Muka Didi blur habis. Terpinga-pinga dia dibuatnya. Aku sengih aje. Menahan malu.
" Kau cakap apa niii. Ya rabbi tolong lah bagi hidayah & taufeeq kepada sahabat aku yang sorang ini. Aku tak faham kau cakap apa. Kau ingat aku robot ke? Cuba cakap slow-slow. Okay look, I'm not going to insult you or whatsoever. Semua benda boleh settle, okay?," terus dia dari berdiri duduk sebelah aku dan pandang aku dalam-dalam. Aku tiba-tiba rasa macam aku ni troublemaker abad ini.
Aku diam. Entah nak ulang kali kedua ke tidak. Kadang-kadang bukan senang nak buka kisah sendiri even to your own bestfriends pun. Aku malu, sungguh aku malu. Malu dengan Didi apatah lagi dengan Tuhan. Punyalah baik Tuhan bagi aku banyak nikmat yang tidak terhingga tapi aku? Tak reti sungguh nak bersyukur. Suruh solat pun macam kena suruh lari 100 kali larian pusing stadium rasa dia.. padahal solat tu tiang agama wahai Safa. Allahu
Didi pun diam pandang aku. Masing-masing terdiam.
Comments
Post a Comment