bismillah
hekhekhek
assalamualaikum :))
aku ni pesen tulis padam tulis padam tulis padam lagi sampai lebam. maafkan daku :"(
dengan izin Allah Taala, sekali lagi aku nak share tentang rasa ingin berubah. awal tahun tuhari, ada sahabat baik aku text dan bagi tahu hasrat hati mau berubah jadi lebih baik. wallahi, sahabat mana yang tak sedu sedu terharu kalau bukan aku yang jenis emosi terlebih ni. miahahahha :3
dengan rasa rendah diri, dengan lapang dada hati jiwa dan raga, izinkan aku share sedikit tips flexible nak mengubah/hijrah versi ija vavavoom.
1. Letak matlamat/niat.
- tanya diri berulang kali kenapa nak berubah, kenapa ada rasa nak baiki, kenapa nak juga buat benda ni walau kau tahu jalannya nanti penuh pancaroba onak dan duri dan tulis dalam diari/kertas/hp sebagai reminder.kalau boleh mestilah niat kerana Allah Taala ;) masa aku mula mula pasang niat nak jadi the better me (still i am not actually), aku terus buat. macam ala ala just do it punya style. wakakka. dan yang buat aku rasa kenapa aku nak buat ialah, dengan izin Allah Taala.. Allah ilhamkan aku tentang betapa dekatnya kematian dengan diri kita setiap detik. masa tu terfikir takkan aku nak mati dalam keadaan Allah tak redha kepadaku dengan akhlak aku yang masih lopong. kira ni catalyst aku berubah.. still i am sampai sekarang dalam process membaiki diri. bagi aku menjadi baik ikut cara Allah tetapkan itu adalah satu perjalanan kehidupan sampai lah detik terakhir kita bernafas. mudah-mudahan. fighting!!
2. cari ilmu/sahabat/group yang bantu you.
- yang ni aku rasa salah satu kekuatan untuk kau istiqamah. masa ni kau kena tamak ilmu, tak kisahlah ilmu apa apa. bila nak keluar dari bilik/rumah niatkan dalam hati biar apa jua yang kau jumpa kat luar sana buat kau makin dekat dgn Allah, biar buat kau dapat belajar dari hikmah. sebab kan, Allah nak hantar petunjuk tu dalam pelbagai cara. seriouslyyyy. hati, mata, jiwa kena bukak luas luas. insyaAllah, akan Allah sampaikan hikmahnya dalam pelbagai bentuk :)
3. doa sungguh sungguh nak berubah.
- niat dah pasang, pastu kau pun dah ada team supporters baik punya en.. tapi kenapa rasa macam dicengkam jahiliah kuat sangat ni?! ehem. sudahkan anda meminta kepada Allah? dah cakap dengan Allah yang you nak berubah, nak jadi baik untuk Dia, nak jadi yang berakhlak.. beriman dan bertakwa kepada Dia semata-mata? kalau belum, jom start doa sama sama :) doa banyak-banyak. doa mintak Allah temukan kau dengan org yang soleh/ah, yang akan mengingatkan kau kepada Dia & Rasul Allah. moga dengan itu, cinta kau kepada Allah Taala makin kuat :) insyaAllah.
Nah, 3 basic step yang aku boleh share. Aku tahu pilihan nak berubah memang perkara paling perghhh dalam hidup. Mula-mula memang kena hadam & telan pandangan orang lain, memang. insyaAllah tak susah, tapi tak juga senang. Kena bertahan, kena kuat, kena tabah & cekal. Allah akan uji kita dengan segala benda sekeliling kita :)
moga Allah permudahkan urusan :*
Comments
Post a Comment