Derita yang tak terluah itu lebih bahaya, lebih bahaya dari bom yang menunggu detik untuk meletus.
Derita yang tersimpan dalam, paling dalam, merobek setiap inci perasaan dan rasa, menghitamkan setiap detik waktu, menghilangkan rasa dalam apa jua perhubungan.
Derita yang disimpan kemas malah tersimpul rapi boleh bertukar menjadi dendam, dendam maha dasyat. Dendam yang meninggalkan bekas hitam, dan sukar dibersihkan -
Derita itu, kadang kala menjadi saksi perubahan diri manusia, yang bangkit untuk membuktikan kebolehan diri hingga ke mercu tanda.
Derita itu tanpa disangka rupanya eposid kehidupan yang mematangkan jiwa seorang dia, yang membelai hati nuraninya supaya berkasih sayang dan berbahagi harta kebahagiannya sesama insan.
Dan derita itu, walau cuba dilenyapkan dengan segala kebaikan, kadang ia muncul - kembali merobek hati dan perasaan.
Bila jiwa mengingat tentang rasa berTuhan, seorang dia tersungkur jatuh, tersembam rebah sujud memohon keampunan. Agar jiwa si dia tidak melakukan hal seperti itu kepada yang lain.
Kerana derita itu, sungguh, membuat si dia menjadi dia yang baru. - yang mudah memaafkan dan berlapang dada dan cuba memahami keadaan insan.
Biiznillah 🙏
Comments
Post a Comment