Skip to main content

Mati tu pasti

Mati tu boleh sapa kau bila-bila masa aje. Eh ni bukan kata-kata berbaur ugutan tentang kehidupan, tapi ni realiti. Realiti macam sekarang, macam ekonomi negara yang tak menentu.. Macam tentang perihal kewangan yang menjadi masalah utama dalam negara atau dalam sesebuah keluarga, macam kau nak kurus tapi kau tak jaga makan dan tak pergi bersenam, macam kau nak cantik biar muka flawless tapi malas nak jaga routine kecantikan kulit.. Lain lah kau memang lawa sejak kanak-kanak. Berwajah pan asian ke? Entah.

Ever wonder about all these reality-and-hurtful things?

Mestilah pernah kan? Kita kan sentiasa boleh! Malaysia boleh! Jyeah.

And these are actually some few things yang sedang berlaku dalam negara. Tu belum lagi aku sebut pasal TPPA ke apa jadah tew? Hm. Boleh sedia bahan bacaan dan sumber ilmiah tentang TPPA okay gais. Oh ya and kalau boleh, Al Kahfi tu baca setiap hari sebelum tidur bersama dengan Al Mulk. Moga Allah lindung.

Oh gosh! Kat mana kita tadi? Aku cuma nak cerita pasal kematian. Tapi itulah, aku rasa kalau aku dipilih untuk pergi dahulu, aku berharap sobat-sobat yang masih bernyawa meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Laa illa haa illalAllah! Jaga apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang. Jadilah hamba Allah yang benar-benar beriman, yang sangat cintakan Allah & Rasul. Yang kalau tak baca Al Quran sehari, hati dah kerinduaan, yang mana kalau terlewat solat tanpa sengaja hati dah macam cacing kepanasan nak solat cepat, jumpa Allah. Moga-moga kita yang di antaranya.

Mati tu bukan bila dah tua, bukan saat kau sakit kritikal ke apa.. Tu semua medium sahaja. Saat kau duduk layan lagu Oasis pun boleh terkejut dek sapaan Malaikat maut. Wallahualam. Aku tak tau, tak melalui lagi. Moga Allah kurniakan aku dan engkau husnul khatimah, mati dalam keadaan yang baik. Mati dalam keadaan aku puas dengan segala yang aku ingin capai.. Mudah-mudahan. Allahumma amiin.

Sobat-sobat yang daku sayangi, moh leh kite berkejar-kejaran untuk buru redha Allah Taala. Walaupun kita ini pendosa tanpa henti, tapi tetaplah kita juga menjadi si peminta taubat secara berterusan. Kita mana nak tahu saat bila Allah ampunkan kita. Ye dok?

Sungguh, saat aku menulis kata-kata ini.. Aku masih belum bersedia kalau-kalau nanti tiba-tiba Allah panggil. Aku punya banyak salah dan silap, jadi maafkanlah daku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Halalkan apa yang aku pinjam/guna tanpa sengaja. Kalau ada hutang, marilah tuntut kepada kaum keluarga atau si penjaga amanah aku nanti. Doakan yang baik-baik untuk aku yang hina ini. Dan moga segala doa & kebaikan itu berbalik kepada kalian. InsyaAllah. Amiin.

Sambil melakukan persediaan nak sambung belajar ke, nak kahwin ke, nak bekerja ke, nak kumpul harta ke, nak apa ajelah.. Sambil tu bersedia nak bersama-sama dengan Rasul Allah yang amat kita rindui! Perbanyakkan selawat & ikut & fahami sunnah Nabi Allah! Moga kita terpilih untuk mendapat syafaatnya. InsyaAllah.. Allahumma amiin!

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad 😍

Wallahualam

Assalamualaikum

Comments