bismillah
Kali kedua rasa ringan tangan nak tulis tentang apa buat kau berubah. Perkara yang sama, yang aku rasa semua orang mengalaminya cuma kita tak tahu dekat siapa nak luah. Bak kata pepatah, diluah mati emak, ditelan mati bapak. wah hhahaha sis try je letak pepatah. kalau salah mohon betulkan..
Aku memang bukan calon yang sesuai nak ulas kisah nak berubah ke tak nak ke huwa hahaha, tapi sekadar bagi idea/cadangan/share tips sikit. eh suka hati aku lah, aku yang nak tulis. miahahhah
Begini, kita mulakan dengan bismillah and tulis some reasons why I must change. TULIS. bukan menghafal atau sekadar diulang-ulang dalam kepala. Bila tulis, kau akan sentiasa dihantui dengan apa yang kau tulis. Let say kau lupa, atau kau lost.. pastu kau bukak balik apa yang kau tulis..terus rasa ada semangat baru merasuk jiwamu! Wahh. Macam kau lost dalam perjalanan hidup mencari sesuatu lepastu kau on track balik. Tak payah gatal sampai tulis 1000 ke apa, tak payah! Tulis aje 5 sebab, nak tulis satu sebab sahaja pun lagi baik aku rasa. Kalau dah kau nak ubah sebab nak jadi lebih baik, maka tulis aje macam tu. Settle. Kita make things go easy k gais :)
Benda nampak remeh ni lah sebenarnya catalyst dalam setiap perkara. macam kau rasa seminit tu kejap, bila kau buat sit-up seminit.. apa rasa dia? ok melebih pulak contoh kan. sis cuba bagi contoh realistik hahhaahha (mood nak kurus biasalah)
Dah TULIS, kau boleh mula merancang. Kau nak ubah dari mana dulu? aku bagi cadangan ah kan senang.. ubah tentang hubungan dgn Allah dulu. Solat macam mana? bacaan dalam solat? betul tak cara kau rukuk, iktidal, dan so on. Part ni kalau boleh.. dan lebih afdhal pergi berguru. Mintak lah sesiapa yang kau yakini, mintak tolong ajar tentang perkara sebegini. nak tengok youtube pun boleh. silakan. aku rasa perkara yang awesome bila bergelar muslim ni ialah solat sebab bila solat ni rasa dekat dengan Allah - lagi-lagi time sujud. masa sujud tu engko cerita lah segala mak nenek punya masalah insyaAllah lepas tu rasa dia lega bukan main. ok tak tipu! sejak umur 20+ ni banyak betul ujian melanda, hati tak tenteram, stress, depress semua datang silih berganti.. bila solat baru rasa lega sangat sangat. alhamdulillah
Kan Allah dah berfirman, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. wallahi, hati memang tenang. cubalah, sungguh tak menyesal ;)
oookayyy, aku rasa kita mulakan perubahan dengan dua benda kat atas dulu. sebab yang lain, kau akan ubah sendiri bila dah mula memahami. nanti aku share lagi yek :)
Comments
Post a Comment