Skip to main content

Apa Yang Buat Kau berubah 2?


Bismillah




Kita sambung post semalam since sis ada banyak masa terluang ( kerja kemas rumah dah settle ) wakakkaka.


1. TULIS
2. RANCANG
3. DOA & TAWAKAL


Dengan izin Allah Taala, kita masuk part ke tiga tew.. doa & tawakal. Kuasa doa ni memang power. Serious power tahap bimasakti. Bila kau dah niat kau nak ubah diri kau jadi lebih baik, kau kena sungguh-sungguh doa dan minta yang baik (rasanya semua doa memang orang minta yang baik-baik kan?) sebab bila kau dah khabarkan niat di hati kau kepada Dia insyaAllah nanti bersusun-susun Allah bagi nikmat & hadiah yang tak terjangka :)

Pengalaman sendiri, since aku pun masih dalam proses nak berhijrah.. aku pun ada zaman kegelapan tanpa cahaya wahhahaha ( yang ni aku cerita lain kali), kadang semua benda aku masukkan dalam doa ( because I felt like it, i know i am being childish :P ). Btw, aku baca dekat mana I cant remember, I'm sorry.. Nak apa sahaja mintaklah dekat Dia dahulu. Nak duit, mintak dekat Allah. Nak ketenangan, mintak dekat Allah. Nak makanan yang diidam-idamkan pun mintak dekat Allah. Mintak aje semua dekat Allah.. Later on you will be so much surprise dengan segala cara/medium Allah hantar nikmat & kebaikan. Sungguh masa tu rasa nak terharu sepanjang masa sambil tersenyum sensorang di jalanan. Bahagia bhaiii. Gila tak rasa bahagia. Rasa manis gila dunia kau secara tiba-tiba.. :)

Dah doa sepuas hati, tawakal. Sungguh kita ni takde daya nak menyusun atur segala benda lagi-lagi hal ehwal dunia. Benda sekecil zarah pun Allah yang tentukan maka bertawakal lah. Apa sahaja yang Allah beri tiada yang sia-sia. akan ada hikmah di sebaliknya. Kena yakin. Be confident lah sikit sesekali dengan doa-doa yang kau minta pada Dia. It just the matter of time. Lagi satu kena sabar. Janganlah cerdik sangat, kau mintak hari ini esok dapat. Ingat pos laju ke che adek che akak? huahuahua tapi semua benda kun faya kun. Kalau Allah nak bagi, sekarang pun Dia bagi ye dok? wallahualam.

Sis dah tulis panjang-panjang baru sis sedar, sis kasi tips cemana nak berubah bukan apa yang buat sis berubah.. Loser nya tiba-tiba sis rasa Y.Y

Alhamdulillah dengan izin Allah Taala, Allah pilih sis untuk memeluk agama Islam on 2012, December 11th. So i am a reverted sister, btw. Mihmih. Tak ada yang menarik sebenarnya tentang kisah penghijrahan sis, sebab I rasa memang tak menarik pun. Tak ada lah penuh pancaroba ujian halangan dan dugaan sangat, sekadar ujian sedikit untuk menggegarkan keimanan sahaja. Ok power mengayat en sis :P

I did the syahadah because I really want to - takde sebab nak kahwin dengan lelaki melayu (macam org lain assume). It has been a very long journey until I really did the syahadah sebenarnya. So I ni minat Islam sejak sekolah rendah lagi - I suka perempuan pakai tudung. The only reason masa tu until I did my research abt Islam. Bunyi gah sangat pulak aku rasa bila sebut research.. Takde lah research siap experiment tew ye, cuma I baca a lot of books and ada lah articles yang make me macam wow. Last kali I baca tafseer, so ni starting point I pasang niat nak betul-betul masuk Islam.
Soooooooo, alhamdulillah. Maka pencarian ku berakhir ( pasang lagu Hafiz Hamidun jap )

Masa tu, tak terlintas pun nak terus pakai hijab or menjaga aurat dan seangkatan dengannya.. masa tu cuma nak masuk Islam aje. The next day of my new journey, when I looked myself on the mirror macam ada satu perasaan merasuk menusuk dalam hati. Dah lama tunggu nak masuk Islam, takkan aku nak jadi yang ingkar pada Dia pulak. Masa tu terus rasa I want to be a better muslim. Begitulah. I memang tak pandai cerita nak emosi ni hahahhaha i'm sorry. Mungkin jalan cerita aku ni, Allah banyak tarik aku dengan ingat kepada kematian. Takkan aku nak mati dalam keadaan sekian sekian, tu yang berubah 360 darjah bhaahhahhha. Sorry guys yang rasa dia ni drastik gila takde peringkat-peringkat. I buat sebab I memang nak buat. That's was it.

So, bila mana ada rasa di hati you nak change for good, go for it. Biarkan orang yang mengeji, mencaci, memerli and whatsoever sebab diorang tak rasa macam kita rasa, diorang tak mungkin faham dengan segala keinginan kita. lain orang kan lain jalan cerita kehidupan. jadikan segala yang kutuk ke perli ke as catalyst, pembakar semangat nak berubah for good & bersangka baik dengan mereka sebab mungkin diorang memang tak faham pun. Kita sendiri kena sabar & tunjuk teladan yang baik ( even me sometimes, I cant really tolerance wahhahahha)

Susah memang susah tapi insyaAllah, it really worth it ;)

Moga-moga segala yang kita lakukan dapat ganjaran dekat sana.

insyaAllah :D

Comments