Skip to main content

Cinta abadi




Bismillah


Tak semua kisah cinta sebenarnya berakhir dengan kebahagiaan, some love story did make the heart tone apart -

Tapi bila kita renung semula kisah cinta dengan sudut kasih sayang Tuhan, kita akan kekal bahagia sampai ke penghujungnya. Yes - cinta dengan keimanan, dengan rasa dekatnya kita dan Dia, Yang Maha Esa.

Aku bukanlah seorang yang tepat nak berbicara soal cinta apatah lagi kebahagian yang berkaitan hal ehwal rumah tangga. Aku cuma boleh berkongsi perihal kisah cinta antara sahabat, dan tentunya kepada Dia Yang Esa. Almaklumlah sister single lagi gais, c'mon :P

Kau tahu, dalam sesebuah perhubungan memang tak akan lari dilanda ribut taufan dan sebagainya, ujian hati, ujian emosi, ujian rasa amanah dan tanggungjawab dan kadang kita sendiri kaku dan terkedu sama ada nak dahulukan diri sendiri atau mendahulukan dia yang kita cintai ( in terms of sahabat )

Jujur saja aku akui, aku juga pernah salah dalam persahabatan. Tidak. bukan mereka yang salah. Sebenarnya aku yang salah. Kadang aku lupa, kita manusia biasa yang jauh dari kesempurnaan, aku juga pernah terlanjur menghakimi orang sekeliling dan mula membanding-bandingkan antara mereka. Dan kau tahu, ujian Allah itu tak mengira kau siapa dan apa yang kau ada, bahkan setiap kata-kata dan perbuatan kau akan menjadi ujian buat diri mu sendiri. Wallahi, aku berkata berdasarkan pengalaman. Sungguh, bila direnung kembali aku menyesal kerana buat tindakan bodoh abadi (Now you can kill me)! But guys, selagi ada peluang, hargailah orang-orang sekeliling. Sungguh kerana mereka, aku begini. Aha macam lirik lagu pulak kens :P

Kau tahu kenapa? Kerana sungguh Allah itu adil. Ibarat, hari ni hari kau, esok lusa siapa tahu. Allah nak balas, cash aje. Jadi muhasabahlah dalam setiap tindakan agar kita sedar dalam kesilapan. Kan?

Bila aku tilik lagi perihal cinta, buat aku terkenang kisah manusia agung yang dekat di hati setiap muslim. Siapa? Nabi kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam (selawat banyak-banyak). Betapa cintanya baginda kepada Allah sehingga masih meneruskan perjuangan berdakwah walau dicaci maki, dihina, serta di ancam bunuh. Allah. Kita ni, kena sikit pun dah down seminggu dua. Dah basah-basah tilam bantal dek tangisan yang tak henti. Jadi, mulai saat ini apa kata saat kita teruji & diuji, kita sama sama selak balik sirah para anbiya, sirah wanita-wanita hebat dahulu yang insyaAllah buat kita rasa tenang dan yakin bahawa tiada ujian yang Allah hadirkan dalam hidup ini sia-sia belaka. Jom! Ini baru relationship goals. dunia akhirat kan?

Dan lagi tentang cinta, mulai sekarang apa kata kita pandu rasa cinta mengikut syariat Allah Taala. Tinggalkan yang Allah larang dan mula perbaiki diri. Moga-moga setiap tindakan kita Allah redhai. Susah? Memang ah. Mula-mula je susah, lama-lama nanti sampai sujud pun dirindu-rindukan.

Dan, masih aku ingat sampai hari ni dan tersemat erat dalam sanubari..

" Kurangnya dia ditampung dengan lebihnya kita dan begitulah sebaliknya " - Kak Nadia

Dan sebenarnya, begitulah sepatutnya kisah perhubungan kita sesama manusia. Tak kira lah suami isteri ke, mak ayah anak beranak ke, kawan-kawan ke, makcik pakcik jiran tetangga ke.. Kan. Bukankah kita sepatutnya saling melengkapi :)

Dan dengan rasa cinta ini, moga kita semua mula berusaha memperbaiki diri dan mendekat kepada Ilahi. Sungguh, rasa cinta kepada Dia lah yang membuat kita sentiasa mahu maju ke depan mencapai cita-cita. Sungguh, rasa cinta kepada Dia lah, kita mula mengasihi mereka yang tetap setia berada di antara kita dalam susah atau senang. Sunnguh, rasa cinta kepada Dia lah yang membuat aku tak pernah lelah untuk melihat mereka yang aku sayang bersama-sama dengan aku di syurgaNya.

Biiznillah

Comments